Tuesday 25 July 2017


DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
SESI JUN 2015


PERANAN PELAJAR DALAM MEMUPUK
PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA


NAMA PENSYARAH
USTAZ SAIFUL NIZAM 



NAMA PELAJAR
1. NAJWA NIZATUL NADIRAH BINTI ZAILANI 
( 02DKA14F1238 )
2. NUR ANIS AISHAH BINTI M RAHIM
( 02DKA15F1010 )
3. NUR NAZARIEH SUFFIA BINTI IBRAHIM
( 02DKA15F1098 )
4. NUR AZIERA EZIETY BINTI ZAKARIA
( 02DKA15F1177 )




PENGENALAN

          Perpaduan dalam Islam bukan sekadar hubungan baik sesama Islam sahaja, malah merangkumi kepada kaum bukan islam jua. Sejarah di zaman Rasulullah S.A.W mencatatkan bahawa masyarakat yahudi dan kristian ketika itu hidup aman dan damai di Madinah Munawwarah, kerana hak mereka tidak dicerobohi oleh umat Islam. Kesan keadilan Islam inilah kelompok Islam yang awalnya minority menjadi majority apabila kaum bukan Islam beramai-beramai menganuti Islam kerana tertarik hati dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh umat Islam yang terserlah melalui akhlak dan perlakuan terpuji penganut-penganutnya.


KONSEP :

Perpaduan: Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap   anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.
Integrasi: Satu proses untuk mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

          
Integrasi budaya ialah suatu proses penyatuan antara dua unsur atau lebih yang mengakibatkan terciptanya suatu keinginan yang berjalan dengan baik dan benar. Lebih lanjut jika dimasukkan ke dalam kehidupan sosial, integrasi budaya dapat diartikan sebagai suatu proses mempertahankan kelangsungan hidup masyarakat sebagai sebuah sistem. 

          Perpadauan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas pembentukan sesebuah negara yang progresif dan maju. Pepatah ,melayu ada mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana maufakat. Pelajar merupakan seorang remaja. Remaja sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk memupuk semangat perpaduan. Mereka hendaklah memikul tanggungjawab besar.
Related image

Bagi Malaysia, perpaduan menjadi keutamaan yang tinggi untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni yang mana dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum dan budaya serta agama. Kepentingan ini semakin terserlah apabila isu perkauman sering diperkatakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat. Perpaduan sesama masyarakat Islam dinyatakan secara jelas di dalam Al- Quran surah Al-Imran ayat 103 yang bermaksud “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah 
( agama Islam ) dan janganlah kamu bercerai-berai”.


Sebenarnya keutuhan perpaduan sesama masyarakat Islam tidak akan tercapai kecuali selepas terlaksana beberapa prinsip asas seperti tolong-menolong dalam menggalakkan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dalam kontek ini, pelajar juga berperanan mewujudkan perpaduan dalam kalangan mereka. Boleh dimantapkan lagi dengan melalui aspek moral yang baik, berakhlak mulia seperti saling menyayangi dan bersikap toleransi. Apabila berlaku sesuatu perbalahan antara kaum, pihak bertanggungjawab terutamanya kerajaan mestilah mengambil langkah  yang sewajarnya agar bibit-bibit persengketaan dapat dibendung dengan segera.



PERANAN PELAJAR UNTUK MEMUPUK PERPADUAN MELALUI INTEGRASI BUDAYA

1) Menjadi suri teladan
Dalam hubungan ini setiap remaja mestilah mengamalkan dan menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakan sebaya.  Remaja mesti menunjukkan sikap saling menghormati rakan-rakan yang berbeza latar belakang budaya dan agama.  Contohnya, remaja perlu menghormati amalan dan anutan agama rakan-rakan. Di samping itu remaja perlu mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang sensitif dan dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain.  Setiap perselisihan pendapat hendaklah diatasi secara bijaksana dan berhemah, bak kata pepatah seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak.  Oleh yang demikian, remaja perlu menjadi suri teladan untuk memupuk semangat perpaduan.

2) Menghayati dan mengambil iktibar daripada sejarah negara.
Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat dihindarkan.  Sebagai contoh. tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.  Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama.  Oleh itu remaja hari ini hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius.  Dengan mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah, maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional, dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.  Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai pemangkin semangat perpaduan yang jitu.

Image result for sejarah peristiwa 13 mei


3) Mengasimilasikan budaya pelbagai kaum dalam kehidupan seharian.
Malaysia sangat unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum.  Contohnya, kaum Melayu, Cina, dan India merupakan tiga kaum yang dominan di negara ini.  Selain itu, rakyat negara ini juga terdiri daripada etnik peribumi yang tidak kurang pentingnya seperti Iban, Kadazan, Dusun, Orang Asli, Penan, dan termasuk juga golongan minoriti seperti Portugis, Siam, dan seumpananya.  Remaja mestilah sanggup untuk menerima dan mengamalkan budaya yang sesuai dengan kehidupan.  Misalnya daripada perayaan, rakyat Malaysia meraikan pelbagai perayaan yang tersendiri. Untuk merasai kemeriahannya, remaja mestilah turut merayakan perayaan-perayaan yang disambut oleh rakan mereka dengan hati yang ikhlas, bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Jelaslah, asimilasi budaya dapat mewujudkan semangat perpaduan yang ampuh dalam kalangan remaja di negara ini.

                                          Image result for budaya pelbagai kaum


4) Elakkan bersikap etnosentrisme
Selanjutnya, remaja hendaklah mengelakkan diri daripada mementingkan diri dan bersikap etnosentrisme.  Sikap etnosentrisme ialah sikap yang mementingkan kelompok etnik sendiri.  Sikap seperti ini akan menjejaskan hubungan dengan kaum-kaum lagi di negara ini.  Remaja perlu menghayati dan mengamalkan Gagasan 1 Malaysia yang menekankan aspek perpaduan secara tuntas ke arah pembentukan sebuah negara yang progresif.  Remaja perlu menerima segala perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini dengan hati yang terbuka.  Contohnya, remaja tidak harus menyentuh isu-isu sensitif seperti hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Mereka hendaklah mengamalkan sikap di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung.  Jika semangat ini dapat diamalkan oleh setiap remaja, nescaya negara kita akan terhindar daripada sebarang malapetaka akibat perpaduan yang rapuh.



KESIMPULAN


          Pelajar bertanggungjawab untuk memainkan peranan penting ke arah pemupukan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda.  Semua pihak hendaklah bersinergi umpama aur dengan tebing untuk merealisasikan wawasan dan gagasan besar negara.  Kita tidak mahu generasi muda hari ini mengabaikan peranan mereka  untuk memupuk perpaduan dan menghancurkan negara yang bakal diwarisi kelak.  Iltizam dan kesungguhan remaja dalam memupuk semangat perpaduan adalah dituntut demi mewujudkan semua negara yang bersatu padu, aman, maju, dan berdaya saing di peringkat global.  Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


              Tuntasnya, pelajar juga berperanan penting dalam mewujudkan perpaduan melalui integriti budaya agar semangat tersebut diamalkan dalam masyarakat serta merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. Remaja merupakan tonggak negara dimana mereka perlu cakna akan peranan memupuk perpaduan tanpa mengira kepelbagaian etnik dan kebudayaan supaya hasrat untuk membentuk sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang tercapai. Selain itu, iltizam dan kesungguhan remaja dan pelajar dalam memupuk semangat perpaduan amat dituntut demi mewujudkan negara yang bersatu padu dan berdaya saing di peringkat global. Justeru itu, semua pihak perlu menanam sifat keikhlasan dalam diri masing-masing agar perpaduan tidak bersulamkan niat meretakkan. Jangan tangan kanan menghulur madu, tangan kiri menghulur racun.